Sejak manusia mula mengetahui cara-cara bertani kira-kira dua belas ribu tahun dahulu, alam sekitar telah mengalami perubahan demi perubahan disebabkan oleh tindakan manusia Iyle, T.J 1985).
Sikap tamak dan haloba telah menjadikan manusia berkeinginan untuk meningkatkan eksplotasi alam semulajadi tanpa batasan. Ini ditambah lagi dengan kebolehan manusia mencipta dan meningkatkan keupayaannya dari segi teknologi, membolehkan manusia mengatasi banyak rintangan semulajadi dalam mencorakkan bumi untuk kepentingan diri.
Sesetengah tindakan atau aktiviti manusia lebih banyak menimbulkan kesan negatif walaupun mempunyai tujuan yang baik seperti pembinaan empangan yang memberi manfaat dari segi kawalan banjir, penjanaan sumber tenaga elektrik dan pembangunan pertanian. Tetapi pada masa yang sama projek tersebut memberi keburukan dari segi ekologi, kepentingan hidupan liar, perhutanan, penempatan manusia dan sebagainya terjejas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment